JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.8 juta.

Data dari Johns Hopkins University juga menunjukkan enam negara mencatatkan kes positif melebihi 200,000 dengan Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan kumulatif 1.5 juta.


Statistik Johns Hopkins University.
Lima negara lain yang mempunyai kes positif melebihi 200,000 ialah Rusia, Brazil, United Kingdom (UK), Sepanyol dan Itali.

India kini dalam kelompok lima negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 dengan kumulatif 106,000 kes selepas mencatatkan peningkatan lebih 10,000 kes positif dalam tempoh 24 jam.

Empat negara lain ialah Perancis, Jerman, Turki dan Iran.

Sementara itu, angka positif di Peru dijangka melebihi 100,000 kes dalam tempoh 24 jam selepas merekodkan pertambahan lebih 7,000 kes baharu.