JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 6.13 juta.

Menurut data Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan lebih 100,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.78 juta.

Brazil pula mempunyai angka jangkitan melepasi 490,000 kes manakala Rusia mencecah 405,000 kes.

Tiga lagi negara mencatatkan angka positif COVID-19 melebihi 200,000 iaitu United Kingdom (UK), Sepanyol dan Itali.

Enam negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 ialah Perancis, Jerman, India, Turki, Iran dan Peru.

Sementara itu, Chile dan Kanada dijangka menyertai negara yang mempunyai angka positif 100,000 dalam masa beberapa hari lagi apabila masing-masing mencatatkan 99,000 dan 92,000 kes.

Negara lain masih mempunyai angka kes pandemik itu di bawah 85,000 termasuk China.