Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia Sheikh Ali Al-Qurrah Daghi menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya menzahirkan rasa marah mereka Jumaat ini berhubung nasib yang menimpa umat Islam di Aleppo, Syria.

Beliau berkata, usaha bertemakan 'Marah Demi Aleppo, Syria' itu adalah antara usaha untuk menghalang kemusnahan dan keganasan bandar itu akibat serangan pihak rejim Syria dan sekutunya secara terbuka.

“Harapan kami agar Allah S.W.T. sentiasa bersama rakyat Syria dan memberi kemenangan kepada mereka, dan rakyat dunia juga bertanggungjawab untuk merealisasikan usaha ini,” beliau dipetik berkata demikian oleh agensi berita Turki, Anadolu pada Isnin.

Beliau juga menyeru imam-imam di seluruh dunia untuk menyampaikan khutbah Jumaat tentang kesengsaraan penduduk Aleppo dan kesabaran mereka dalam menghadapi jenayah pembunuhan beramai-ramai.

Sheikh Ali Al Qurrah berkata ulama-ulama Islam perlu memberi tekanan bagi menghentikan keganasan dan penindasan di Syria dan negara-negara bergolak yang lain.