Kuala Lumpur mahu memperkukuhkan lagi hubungan dua hala enam dekad dijalin dengan Washington dan mencartakan hala tuju apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melangkah masuk ke Pejabat Oval pada Selasa untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Dan dengan semua mata kini tertumpu pada musibah yang berlaku di negeri Rakhine, Myanmar, pertemuan di Rumah Putih itu menyediakan peluang terbaik untuk Malaysia membangkitkan penderitaan pelarian Rohingya kepada negara kuasa besar itu.
Ini antara perkara yang disentuh oleh Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique semasa memberikan taklimat kepada media menjelang lawatan kerja Najib ke Amerika pada 11-13 Sept atas undangan Presiden Trump.
Ia juga membuka peluang kepada Malaysia untuk menyatakan pendiriannya dalam soal antikeganasan dan peranan dimainkannya dalam usaha memerangi keganasan, dan turut berkongsi kebimbangan dengan negara-negara lain seperti Amerika berhubung masalah itu.
"Lawatan ini membuka peluang kepada perdana menteri untuk menekankan kepentingan Malaysia dalam perjuangan menentang keganasan, sebagai suara kesederhanaan dan pragmatisme serta sebagai negara majoriti Muslim yang dinamik dan progresif," kata Zulhasnan.
Mengulas lanjut, Zulhasnan berkata Najib dijangka membawa isu masyarakat tertindas Rohingya bukan sahaja dalam pertemuan empat mata dengan Presiden Trump malah semasa perbincangan dua hala antara kedua-dua kerajaan.
Kuala Lumpur memandang berat masalah penindasan terhadap etnik Rohingya dan memberi komitmen untuk membantu menangani krisis pelarian kaum itu yang kini dilaporkan mencecah 500,000 orang di Bangladesh, negara jiran Myanmar.
Lawatan kerja Najib itu menjadikan beliau pemimpin kedua daripada Asia Tenggara selepas Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc untuk mengadakan pertemuan di Rumah Putih.
Menurut Zulhasnan, visi baharu Malaysia iaitu Transformasi Nasional 50 (TN50) merupakan antara topik penting yang bakal dijelaskan kepada pentadbiran Amerika Syarikat dalam konteks merangka hubungan lebih erat antara kedua-dua negara.
"Ini merupakan peluang baik untuk bincangkan (dengan presiden baharu). Negara kini mempunyai dasar baharu, TN50... jadi sebaiknya kita bincangkan hala tuju negara kita untuk 30 tahun akan datang," kata duta itu.
Zulhasnan berkata sepanjang lapan bulan menjadi duta besar di Amerika Syarikat, beliau dapat melihat kesediaan pentadbiran Trump yang mahu mempertingkat hubungan perdagangan, lebih-lebih lagi selepas Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tidak diteruskan.
Menurutnya, beberapa rundingan dengan pelbagai pemimpin perniagaan dan industri diatur semasa lawatan Najib ke sini untuk mengukuhkan lagi perkongsian perdagangan Malaysia-Amerika Syarikat.
Pertemuan empat mata Najib dan Presiden Trump di Oval Office akan diikuti mesyuarat delegasi yang turut melibatkan Naib Presiden Mike Pence, Setiausaha Negara Rex Tillerson, Menteri Pertahanan James Mattis, Ketua Staf Jeneral John Kelly dan Penasihat Keselamatan Negara Lt Jeneral H.R. McMaster.
Delegasi Malaysia antara lain dijangka disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed .
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2017
Perdana Menteri dijangka membawa isu masyarakat tertindas Rohingya bukan sahaja dalam pertemuan empat mata dengan Presiden Trump (kanan) malah semasa perbincangan dua hala antara kedua-dua kerajaan.
Freedom Flotilla ke Gaza: Aktivis Malaysia berlepas ke Istanbul
Kesemua 19 anggota rombongan itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.
AWANI Ringkas: Aktivis Malaysia sertai Misi Flotila ke Gaza hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kami sedia membantu - Penyokong Kedah
Dia berpandangan bahawa ada cara yang lebih baik untuk menangani masalah itu dengan menegaskan penyokong sedia membantu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Geegee Ahmad;
Temuramah bersama Edwin Laimin, Ketua Pemuda PBRS sempena mengenan Joseph Kurup dalam kenangan
Analisis Pasca Mesyuarat Peruntukan MP Pembangkang bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik UM
Temuramah bersama Edwin Laimin, Ketua Pemuda PBRS sempena mengenan Joseph Kurup dalam kenangan
Analisis Pasca Mesyuarat Peruntukan MP Pembangkang bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik UM
AWANI Pagi: Pasca mesyuarat peruntukan MP pembangkang
Analisis Pasca Mesyuarat Peruntukan MP Pembangkang bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik UM.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
ACCA: Profesional kewangan optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi Malaysia
Bagaimanapun, kebimbangan terhadap kos operasi dan faktor luaran memerlukan pendekatan berhemat oleh organisasi kewangan dan perniagaan.
Op Selamat 22 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah kes kemalangan menurun sebanyak 8,862 kes berbanding 8,989 kes pada tahun lepas.
AWANI Pagi: Joseph Kurup dalam kenangan
Temuramah bersama Edwin Laimin, Ketua Pemuda PBRS sempena mengenan Joseph Kurup dalam kenangan.
Bayern, Real akhiri cabaran Eropah Arsenal, City
Anak buah Thomas Tuchel mara ke pusingan empat terbaik, selepas menang 1-0 ke atas skuad kendalian Mikel Arteta.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden jangka Iran tidak akan berlengah untuk serang Israel
Biden berkata beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Tehran.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Setiausaha Perbendaharaan AS Yellen tiba di China
Pesawat yang membawa Yellen mendarat di pusat industri selatan China, Guangzhou pada tengah hari Khamis.
Gempa bumi 7.4 magnitud landa pantai timur Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan
Jepun keluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat.
Tentera Laut Amerika bangunkan senjata gelombang mikro tangkis dron
Sistem menangkis senjata semasa tidak direka untuk memusnahkan dron dan kosnya juga adalah lebih tinggi berbanding senjata yang menyerang.
AS, Israel dijangka bincang serangan ke atas Rafah Isnin ini
Seorang delegasi Israel pada asalnya dijadualkan tiba pada minggu ini untuk mendengar kebimbangan AS mengenai serangan itu dan akan diberikan pandangan alternatif.
YouTube uji penggunaan AI untuk elak anda bosan, lompat ke bahagian menarik
Ia akan mengambil kira corak tontonan seseorang dan seterusnya melalui integrasi AI membawanya ke bahagian yang dia akan suka tonton.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Satu mayat ditemukan dalam sungai susulan jambatan di Baltimore runtuh
Perlanggaran pada awal Selasa itu menyebabkan beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang sejuk.