Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang baharu, Michelle Bechelet, menyatakan keprihatinan beliau terhadap krisis di Idlib dalam ucapan sulungnya pada Isnin.

Bekas presiden Chile itu melahirkan kebimbangan mengenai operasi ketenteraan yang berterusan di wilayah pemberontak Syria itu.

Pada masa sama, beliau juga menyuarakan keprihatinannya terhadap hukuman yang diluluskan Mesir di mana 75 orang dijatuhi hukuman mati susulan penglibatan mereka dalam protes pada 2013.

Dalam kes yang melibatkan 739 defendan itu, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara terhadap pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie, dan 46 yang lain.

Bechelet turut mengecam kekurangan pembelaan bagi keluarga migran yang dipisahkan pihak berkuasa Amerika Syarikat selepas mereka ditahan dan dipisahkan dari keluarga.