Sebuah majlis perkahwinan bertaraf selebriti yang menyatukan orang Yahudi dan Islam menerima reaksi yang pelbagai dari kalangan umum pada Khamis, terutamanya di negara yang sangat jarang terjadi perkahwinan campur seumpamanya.

Perkahwinan tersebut adalah antara Tsahi Halevi, seorang aktor Yahudi yang fasif bahasa Barab, dengan Lucy Aharish, iaitu seorang pengacara televisyen beragama Islam yang bertugas di sebuah program berita Hebrew.

Mereka telah menjalani perhubungan romantis selama empat tahun secara sembunyi dan telah merahsiakannya supaya tidak mencetuskan sensitiviti budaya.

"Kami Menandatangani Perjanjian Damai,” gurau pasangan itu dalam kad undangan perkahwinan mereka.
Konflik Israel-Palestin selama berdekad-dekad sudah lama mencetus ketegangan antara masyarakat yang bercampur antara Yahudi dan Arab.

Berdasarkan data perkahwinan untuk tahun 2015, 23 daripada 58,000 perkahwinan adalah antara Arab dan Yahudi.

Akhbar harian terlaris Israel, Yedioth Ahronoth, mengucapkan pasangan mempelai itu dengan ungkapan “Mabrouk" yang bermaksud ‘tahniah’ dalam bahasa Arab – di muka hadapannya.

Walau bagaimanapun, perkahwinan itu dikesali oleh Arye Deri, seorang rabbi ultra-ortodoks yang berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negara Israel. Jawatan itu memantau data pendaftaran populasi di Israel.

“Memang ia adalah hal persendirian mereka, namun sebagai Yahudi, saya perlu katakan bahawa saya menentang perkara seumpamanya kerana kita perlu mempertahankan orang Yahudi.

“Anak-anak mereka akan membesar, pergi ke sekolah dan kemudian akan berkahwin, dan mereka akan berdepan kesulitan,” ujar Deri dalam satu wawancara dengan Radio Tentera Israel.

Halevi merupakan bekas komando yang menyamar di wilayah Palestin, iaiti satu peranan yang dilakonkannya semula dalam siri Netflix Fauda.

Aharish pula sebelum ini pernah mendedahkan dalam wawancara media, tentang diskriminasi yang dihadapi di Israel serta tekanan daripada keluarganya berkaitan keputusannya untuk memilih pasangan hidup yang bukan dari masyarakat Islam.