Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan mendiang bapanya, Kim Jong Il didakwa memalsukan pasport rakyat Brazil bagi memohon visa melawat ke negara-negara Eropah pada 1990.

Menurut Keselamatan Eropah Barat berkata dakwaan dibuat selepas terdapat gambar keduanya di pasport rakyat Brazil selain dokumen itu dipercayai sah di sisi undang-undang, lapor Reuters.

“Keluarga pemerintah telah memalsukan pasport rakyat Brazil dan hal ini terbukti apabila gambar di pasport itu menunjukkan Kim Jong Un dan Kim Jong Il untuk memohon visa dari kedutaan asing.

“Ini turut membuktikan keluarga tersebut mempunyai keinginan untuk melawat ke luar negara,” ujar Keselamatan Eropah Barat.

Pasport yang di ambil menggunakan mesin imbas menjadi bukti dakwaan pemalsuan pasport terhadap Kim Jong-un. -Foto Reuters

Dalam pada itu, kedutaan Korea Utara di Brazil tidak memberi sebarang kenyataan balas berhubung dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Brazil masih lagi menyiasat dakwaan itu.