Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un buat pertama kalinya menyertai mesyuarat dengan pegawai kanan kerajaan Korea Selatan selaku delegasi Korea Selatan untuk rundingan mengenai hubungan antara dua buah negara itu.

“Mesyuarat berkenaan adalah ‘satu usaha yang akan dilaksanakan dengan bersungguh untuk mencapai tujuan bersama’ mengenai hubungan antara kedua negara Korea.

“Usaha penyatuan antara kedua negara juga akan diteruskan,” menurut Jong Un yang dipetik daripada agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA hari ini.

Seramai 10 ahli delegasi Korea Selatan yang diketuai oleh Ketua Pejabat Keselamatan Nasional Chung Eui-yong melawat ke Pyongyang dengan harapan untuk mendorong pihak Korea Utara mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) pada hari Isnin.

BACA: Delegasi Korea Selatan akan bertolak ke Pyongyang

BACA: Seoul cuba pujuk Pyongyang hentikan provokasi nuklear

Menurut laporan KCNA, pihak Korea Utara turut mempelawa Presiden Moon Jae In untuk hadir dalam sidang kemuncak di Korea Utara.

“Kim Jong Un ingin berkongsi pandangan dan membuat persetujuan yang memuaskan kedua belah pihak setelah mendengan niat Presiden Moon Jae In untuk hadir membawa utusan khas pada sidang kemuncak di negara itu,” jelas laporan itu lagi.

Washington dan Pyongyang bertelagah satu sama lain mengenai isu peluru berpandu dan program nuklear, menyaksikan Presiden AS Donald Trump dan Jong Un bertikam lidah dan mengugut untuk melancarkan perang.

BACA: "Saya punya lagi 'besar' dan berfungsi!"- Trump tempelak Kim Jong Un

BACA: Trump isytihar Korea Utara negara taja keganasan

BACA: Trump layak mati kerana hina Kim Jong Un - Korea Utara

Sungguhpun begitu, hubungan antara Korea Utara dengan Korea Selatan dilihat kembali pulih sewaktu Moon Jae In menjemput delegasi tertinggi Korea Utara yang diketuai Kim Yong Chol pada Olimpik Musim Sejuk Pyeonchang pada Februari lepas.

BACA: Olimpik Pyeongchang 'kunci' diplomasi Korea Utara-Selatan