Kementerian Luar British memaklumkan pihaknya sangat prihatin mengenai pekerja konsulatnya di Hong Kong yang hilang sejak menyeberang ke China untuk urusan perniagaan lebih 10 hari lalu.

Menurut satu kenyataan dari Pejabat Luar dan Komanwel kementerian itu pada Selasa, pihaknya mencari maklumat dari Hong Kong dan Wilayah Guangdong berhubung nasib pekerja itu, yang dipercayai ditahan ketika menyeberang dari bandar Shenzhen ke Hong Kong.

Laporan media menyebut, individu berkenaan dikenali sebagai Simon Cheng Man-kit, seorang pegawai dagang dan pelaburan di Bahagian Antarabangsa Pembangunan Scotland di konsulat.

Difahamkan, Simon menghadiri satu program perniagaan di Shenzhen pada 8 Ogos namun tidak pulang ke Hong Kong walaupun rancangannya untuk pulang keesokan harinya.

Pihak berkuasa China bagaimanapun tidak memberi sebarang komen.