Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun pada Khamis di sini selepas didapati bersalah membunuh rakannya dengan kopi yang mengandungi racun.

Jessica Kumala Wongso, 28, didapati bersalah meletakkan sianida ke dalam minuman rakannya, Wayan Mirna Salihin di sebuah kafe mewah.

Kes yang digelar ‘kopi beracun’ itu mengundang perhatian rakyat Indonesia kerana mirip telenovela yang memaparkan pertembungan golongan berharta yang berakhir dengan pembunuhan.

Jessica dikatakan marah dengan kritikan Wayan terhadap teman lelakinya.

“Tindakan tertuduh begitu kejam kerana dilakukan terhadap rakan sendiri,” ujar hakim Kisworo dalam keputusan panel tiga orang hakim yang diketuainya.

Jessica memberitahu mahkamah, dia tidak boleh menerima keputusan tersebut yang disifatkan tidak adil.

Pasukan guamannya mengesahkan akan membuat rayuan.