Korban akibat COVID-19 terus meningkat.

Statistik Johns Hopkins University mendedahkan angka kematian global meningkat lebih 4,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini melebihi 732,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 163,000 kes.

Angka korban di Brazil melepasi 100,000 kes sekali gus negara kedua yang merekodkan angka kematian melebihi 100,000 selepas AS.

Mexico dan United Kingdom (UK) masing-masing merekodkan 52,000 dan 46,000 kes korban.

Sementara itu, India, Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan lebih 30,000 korban akibat virus berbahaya itu.

Dua negara terakhir melepasi angka kematian 20,000 ialah Sepanyol dan Peru dengan masing-masing mencatat 28,000 dan 21,000 kes.

Negara-negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 18,000 kes.