JUMLAH korban akibat COVID-19 terus meningkat.

Statistik daripada Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global meningkat 7,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kumulatif kematian global kini lebih 491,000 kes.


ccc

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 124,000 kes.

Brazil dan United Kingdom (UK) berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 54,000 dan 43,000 kes korban.

Kes kematian di Itali pula melebihi 34,000 kes.

Dalam pada itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 29,000 dan 28,000 kes maut.

Mexico merekodkan 25,000 kematian.