KOREA Selatan menghantar pasukan tentera ke seluruh Seoul bagi menggerakkan usaha pembasmian kuman di ibu negara itu pada Rabu.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan kerja-kerja pembersihan termasuk sekitar stesen kereta api bawah tanah Yeokchon yang terletak di daerah Eunpyeong.

Menurut komander Hye-Jin, langkah itu perlu bagi menghapuskan kuman yang terdedah kepada rakyat Seoul.

Korea Selatan kini mempunyai lebih 5,600 kes positif COVID-19, jumlah jangkitan yang kedua terbesar selepas China.

Daripada jumlah itu, 33 dilaporkan meninggal dunia.

Dalam perkembangan lain, Singapura melarang kemasukan pelancong yang mempunyai sejarah perjalanan ke Iran, Itali utara dan Korea Selatan dalam tempoh 14 hari lepas, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu pada Selasa.

Mereka yang mepunyai rekod tidak akan dibenar memasuki atau melakukan transit melalui Singapura mulai 4 Mac pada jam 2359.