"Kami bertekad untuk meneruskan perkongsian strategik kami dengan Rusia."

Demikian jelas Presiden Korea Selatan, Moon Jae In ketika mengadakan pertemuan bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin di Moscow pada Jumaat.

"Saya menganggap Rusia dan Korea Selatan sebagai rakan kongsi utama di Semenanjung Korea dan Euro Asia.

"Kami bertekad untuk meneruskan perkongsian strategik kami dengan Rusia, ini kerana ia adalah dasar penting antara kami dan dasar keselamatan bersama," jelasnya.

Di awal pertemuan, Putin menekankan bahawa Korea Selatan adalah salah satu rakan kongsi utama Rusia di rantau itu dan menyuarakan harapan agar perdagangan dua hala mereka akan berkembang.

Putin turut bertegas bahawa Moscow akan cuba membantu menyelesaikan ketegangan di Semenanjung Korea.

"Tuan Presiden, anda tahu bahawa Rusia sentiasa menyokong proses normalisasi kepada situasi di Semenanjung Korea.

"Kami sentiasa berbuat demikian dan mensasarkan untuk terus menyumbang secara pasif ke arah penyelesaian masalah tersebut," jelasnya.

Tambahnya Moscow telah mencadangkan agar pembinaan kereta api dan saluran paip gas asli yang menghubungkan Rusia dan kedua-dua negara Korea dapat dilaksanakan, dengan alasan bahawa usaha itu boleh membantu meningkatkan keamanan dan kestabilan rantau itu.