Tutup

Berita  | Dunia

Korea Utara lancar dua lagi peluru berpandu

Korea Utara lancar dua lagi peluru berpandu
Korea Utara melakukan ujian senjata dengan pelancaran dua lagi peluru berpandu ke laut. -AP
SEOUL: Korea Utara melakukan ujian senjata dengan pelancaran dua lagi peluru berpandu ke laut.

Ujian senjata itu merupakan yang keempat dalam tempoh kurang dua minggu.

BACA: Korea Utara lancar dua peluru berpandu balistik jarak dekat berhampiran pantai timur
Pada 25 Julai lalu, Korea Utara melakukan ujian sistem artileri dan melancarkan peluru berpandu balistik jarak pendek.

Siri ujian senjata terbaharu itu dilakukan sehari selepas latihan bersama tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
Pyongyang sebelum ini memberi amaran latihan ketenteraan bersama itu akan melanggar terma rundingan nuklear antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat sebelum ini.

Reuters melaporkan peluru berpandu itu dibedil beberapa hari selepas negara itu melancarkan dua peluru berpandu bertujuan memberi tekanan kepada Korea Selatan dan Amerika Syarikat untuk menghentikan latihan ketenteraan.