Langkah negara Kesatuan Eropah memberi perlindungan kepada pelarian Syria perlu diambil iktibar oleh negara Timur Tengah.

Pengasas Kumpulan Rights, Yusmadi Yusoff berkata pendekatan Kesatuan Eropah dalam menangani krisis pelarian adalah contoh yang baik kepada negara lain.

"Dalam hal ini (krisis pelarian), saya rasa ia (kesatuan Eropah) telah menunjukkan satu contoh yang baik kepada kawasan-kawasan yang lain. Malah, saya melihat bahawa ini merupakan satu tempelak kepada kerajaan di Timur Tengah," kata Yusmadi.

Menurutnya, Turki merupakan satu-satunya negara berhampiran rantau Timur Tengah yang prihatin terhadap pelarian.

"Satu sahaja negara yang saya lihat yang berdekatan dengan Timur tengah ialah Turki yang setakat hari ini telah menunjukkan sikap lebih terbuka terhadap kemasukan pelarian daripada Timur Tengah," tambahnya.

Yusmadi juga berkata langkah yang diambil oleh Kesatuan Eropah menunjukkan mereka sedar tentang betapa serius krisis ini dan perlu diberi perhatian sebelum ia merentasi rantau lain.