Penyanyi utama kumpulan rock U2, Bono, bertemu Pope Francis pada Rabu untuk menyelami pandangan pemimpin tertinggi Katolik itu tentang krisis pencabulan seksual yang dilaporkan terjadi di Ireland.
Bono dan Francis bertemu selama 30 minit dalam sebuah mesyuarat yang turut melibatkan organisasi ONE, iaitu kempen rundingan global yang bermatlamat untuk mengakhiri kemiskinan tegar.
"Kerana berasal dari Ireland, kami berbincang tentang kebimbangannya tentang perkembangan terbaru yang melibatkan gereja,” ujar Bono.
Semasa lawatan Francis ke Ireland bulan lalu, beliau merayu keampunan atas setiap perlakuan serangan seksual yang dideritai mangsa-mangsa di Ireland akibat perbuatan pemimpin di gereja selama berdekad-dekad lamanya.
“Saya ada katakan kepadanya, ada orang yang melihat bahawa orang yang melakukan pencabulan seksual itu adakalanya lebih dilindungi berbanding mangsa-mangsa.
“Saya melihat kesedihan pada wajahnya (Francis),” ujar Bono.
Selebriti antarabangsa itu juga menyatakan bahawa dia merasai keikhlasan Francis dan menyifatkannya sebagai manusia luar biasa.
Skandal pencabulan seksual selama bertahun-tahun telah mengikis kredibiliti gereja, khususnya melibatkan masyarakat Ireland pada empat dekad lalu.
Tambah Bono, dia dan Francis juga membincangkan tentang isu pembangunan, pemanasan global dan perubahan iklim.
Sejak tiga tahun kebelakangan ini, pengundi Irish telah meluluskan referandum pengguguran bayi dan mengesahkan perkahwinan gay, yang dilihat bertentangan dengan prinsip Vatican.
Agensi
Thu Sep 20 2018
Bono bertemu dengan Pope Francis di Vatican City pada 19 September 2018. - Reuters
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Krisis pencabulan seksual: Bono U2 berbincang dengan Pope Francis
Selebriti antarabangsa itu juga menyatakan bahawa dia merasai keikhlasan Francis dan menyifatkannya sebagai manusia luar biasa.
Gelaran bintang pop terkaya di dunia kini milik Bono (U2)
Vokalis kumpulan U2, Bono kini menjadi bintang pop terkaya di dunia selepas mengaut keuntungan berbilion pound menerusi saham yang dibeli dalam syarikat Facebook.
Pengurus konsert jelajah U2 meninggal dunia
Sheehan telah bekerjasama dengan U2 selama lebih 30 tahun, dan pernah juga bekerja dengan ramai lagenda rock seperti Led Zeppelin, Iggy Pop, Patti Smith dan Lou Reed.
Bono bantu perusahaan Afrika melalui jenamanya
Jenama milik Bono dan isterinya, Ali Hewson memperkenalkan koleksi pakaian lelaki untuk Musim Luruh 2013 pada Minggu Fesyen New York.