Berita  | Dunia

Kru kabin patah kaki jatuh dari pesawat

Kru kabin patah kaki jatuh dari pesawat
Kru kabin berusia 52 tahun itu terjatuh di atas landasan. -Foto Sinar Harian
MUMBAI : Seorang pembantu penerbangan syarikat Air India terjatuh di atas landasan dan mengalami patah kaki ketika dia mahu menutup pintu pesawat.

Insiden itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai hari ini ketika kru melakukan persediaan untuk menyambut penumpang yang menaiki penerbangan ke New Delhi.
"Kru kabin berusia 52 tahun itu terjatuh ketika dia mahu menutup pintu belakang Boeing 777," ujar pengurus kanan Air India, Pravin Bhatnagar.

Sebelum ini, Air India berdepan dengan pelbagai insiden memalukan dan siri gangguan teknikal.

Minggu lalu, dua juruterbang syarikat penerbangan itu digantung tugas selepas pesawat yang membawa 136 penumpang melanggar tembok perimeter lapangan terbang ketika ia berlepas dan terbang selama hampir empat jam dengan keadaan badan pesawat yang rosak sebelum mendarat selamat. -Agensi


Tag: Boeing 777, pesawat, India, New Delhi, Mumbai, Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, patah kaki, Air India, Pravin Bhatnagar


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.