Seekor kucing telah 'melancong' sejauh 1,126 kilometer (km) merentasi Kanada apabila ia secara tidak sengaja melompat ke dalam sebuah kotak lama yang kemudiannya dipos.

Baloo, kucing dari Nova Scotia itu akhirnya ditemukan di Montreal.

Pemiliknya, Jacqueline Lake memberitahu dia bersama ahli keluarganya puas mencari Baloo namun hampa.

Kehilangan Baloo mula disedari pemandu sebuah syarikat penghantaran barang.

Kakitangan itu berasa hairan kerana menjumpai kesan air kencing di dalam traknya.

Baloo dikatakan terperangkap di dalam kotak tersebut pada 6 Disember lalu selama 17 jam perjalanan.

Difahamkan pemandu berkenaan menghubungi pusat perlindungan haiwan untuk memaklumkan penemuan itu.

Setelah kucing itu dikenal pasti, proses penghantaran pulang dilakukan menggunakan khidmat penghantaran barang Purolator.