Seekor ikan paus ditemui mati selepas menelan lebih 29 kilogram plastik berdekatan sebuah rumah api di Cabo de Palos, di tenggara Sepanyol.

Hasil siasatan Pusat Perlindaungan Haiwan Liar El Valle mendapati perut dan usus ikan paus itu penuh dengan beg sampah, karung polipropilena, tali dan sampai lain, mengakibatkan ikan itu mati kerana keradangan lapisan abdomen dan tidak dapat mengeluarkan sampah dari sistem pencernaannya.

Ikan paus jenis 'Male Sperm Whale' merupakan spesies yang terancam dan dilindungi di Amerika Syarikat di bawah Akta Pemuliharaan Spesies Terancam.

Susulan kematian ikan paus ini, kerajaan Sepanyol telah melancarkan kempen 'Elak buang sisa plastik di pantai', dan komuniti setempat turut bersama memberi pendedahan tentang masalah penggunaan plastik dan kesannya kepada kehidupan marin.

Setakat ini, satu kajian mendapati kira-kira lima trilion plastik sedang terapung di lautan, dan dipercayai jumlah berat plastik mampu melebihi jumlah ikan di lautan dunia menjelang tahun 2050.

Sebelum ini, saintis Norway telah menemui 30 beg plastik dan pelbagai bahan buangan plastik di dalam perut seekor paus 'paruh-angsa' yang terdampar di perairan barat Selatan Norway.

Ikan paus seberat dua tan yang cedera tersebut terpaksa dimatikan kerana tidak berpeluang untuk sembuh.