Beberapa orang guru dan pelajar cedera dalam satu siri serangan tembakan di Noblesville West Middle School di Indianapolis, Amerika Syarikat, pada Jumaat.

Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Noblesville, Kevin Jowitt, suspek yang melakukan serangan tersebut telahpun ditahan.

Media tempatan melaporkan kesemua guru dan pelajar yang cedera telah dikejarkan ke hospital Indianapolis, namun status keadaan dan kecederaan mereka masih belum diketahui.

Menurut beberapa pelajar yang menyaksikan insiden jam 9 pagi waktu tempatan itu, suspek yang juga seorang pelajar di sekolah terbabit, meminta izin untuk keluar dari kelas. Dia kemudian datang balik dengan dua pistol dan mula menembak rambang.

Pihak berkuasa meronda di Noblesville West Middle School pada Jumaat. - The Indianapolis Star via AP
Bertindak laju, guru kelas tersebut terus menepis pistol dari tangan suspek dan memegangnya sehingga polis tiba.

Polis setakat ini tidak mendedahkan identiti suspek.

Selepas serangan tersebut, lebih 1,300 pelajar di sekolah berkenaan dipindahkan ke sekolah menengah berhampiran sebagai langkah keselamatan.