Pihak berkuasa Rusia menyekat satu laman web menjijikkan yang menawarkan perkhidmatan sewaan kanak-kanak seawal usia 5 tahun kepada golongan pedofilia.

Laman web itu telah menyamar sebagai sebuah laman sesawang yang menawarkan khidmat sewa pakaian yang dipakai oleh kanak-kanak sebagai model.

Harga yang tertera kononnya untuk sewaan pakaian tetapi merupakan harga bagi mendapatkan khidmat seks kanak-kanak tersebut.

Media di Moscow melaporkan, laman web itu menawarkan perkhidmatan seks kanak-kanak lelaki dan perempuan bawah untuk dengan kadar sehingga GBP 1,200 (RM6,327).

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan dalang disebalik atau pemilik laman web menjijikkan itu.

Selain terdapat perkhidmatan mengikut jam, laman web itu juga menawarkan khidmat penghantaran luar dari Moscow.

Media juga melaporkan bayaran bagi perkhidmatan ini dibuat menggunakan mata wang kripto selain urusan tempahan adalah rahsia.