Taufan Lane diramal bakal membadai sebagai satu ribut paling berbahaya ke atas pulau-pulau di Hawaii, Amerika Syarikat pada Jumaat.

Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan negara itu mengatakan masih terdapat banyak ketidakpastian mengenai sejauh mana impak Taufan Lane, namun langkah berjaga-jaga sedang diambil.

Ombak besar dengan kelajuan angin sehingga 130 meter sejam dijangka melanda Big Island sebelum menuju ke Maui dan Oahu.

Pegawai kaji cuca meramalkan lebih daripada 762 milimeter hujan bermungkinan turun di beberapa kawasan, yang menyebabkan kemungkinan berlaku banjir.

Pegawai persekutuan berkata organisasi seperti Persatuan Palang Merah kini sedang bersiap sedia untuk membantu penduduk di pulau berkenaan sekiranya perlu.

Kerajaan juga sangat prihatin terhadap potensi banjir yang boleh berlaku, tanah runtuh dan kerosakan infrastruktur komunikasi.

Sebanyak 16 tempat perlindungan telah dibuka dan seramai 283 orang penduduk telah ditempatkan lebih awal di sana.