SEORANG pelayan restoran di Paris ditembak mati oleh pelanggan yang berang kerana layanan lambat.

Peristiwa itu berlaku di sebuah restoran bernama Mistral yang terkenal menyediakan makanan sandwich, cheese nan dan aneka roti di Noisy le Grand, 15 km ke timur Paris pada petang Jumaat.

Polis Paris sedang memburu pelanggan tersebut yang dilapor melepaskan satu das tembakan yang mengena bahu pelayan berumur 28 tahun.

Pelayan malang itu tidak sempat dikejarkan ke hospital dan mati di restoran tempat kejadian.

Saksi melaporkan pelanggan berang apabila pesanannya lambat tiba di meja.

Peristiwa berlaku di sebuah restoran di Noisy le Grand, 15 km ke timur Paris.