Lebih 100 orang dari 40 keluarga dikhuatiri tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh selepas hujan lebat yang melanda kawasan perkampungan di China sejak Jumaat.

Kejadian tanah runtuh itu berlaku awal Sabtu di kawasan lembah Maoxian County ke barat daya Wilayah Sichuan.

Pasukan penyelamat dan penduduk kampung kini sedang bertungkus lumus mencari mangsa yang berkemungkinan tertimbus dalam kejadian sekitar jam 6 pagi waktu tempatan itu.


Tanah dilaporkan meliputi kawasan lebih 2,000 meter.

Serentak itu, pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan situasi darurat di kawasan itu.