Wilayah Victoria di Australia menyaksikan penurunan kes COVID-19 pada Ahad dengan 394 kes disahkan dengan 17 kematian.

Ketua menteri Daniel Andrews pada masa sama mengesahkan lebih 2,700 kes aktif direkodkan setakat ini.

Pihak berkuasa bagaimanapun sukar untuk menentukan punca jangkitan.

Angka korban keseluruhan di Victoria kini meningkat kepada 210 orang.

Jumlah berkenaan merupakan yang tertinggi di Australia dengan jumlah kematian keseluruhan 295 orang.

Hampir 270 penduduk Victoria didenda dalam tempoh 24 jam lalu akibat melanggar sekatan.

Ini termasuk seorang lelaki yang menolong rakannya memindahkan televisyen sejauh 27 kilometer.

Dalam pada itu, sebanyak 268 saman telah dikeluarkan, termasuk 77 pelanggaran perintah berkurung dan 38 pelanggaran arahan pemakaian topeng.