PERDANA MENTERI Israel Benjamin Netanyahu menyatakan kesudian mereka penyokong pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, beberapa hari selepas Amerika Syarikat mengumumkan perkara tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan mana-mana negara yang membayangkan mereka akan menyatakan kesudian menyokong pengiktirafan tersebut.

"Saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa kami sedang berhubung dengan beberapa negara yang akan membuat pengiktirafan serupa.

"Saya tanpa ragu percaya sebaik sahaja Kedutaan Amerika Syarikat berpindah ke Baitulmaqadis, akan ada lebih banyak kedutaan mengikuti langkah sama. Inilah masanya.

"Republik Czech sebagai contoh mengiktiraf Baitulmaqdis menjadi ibu kota Israel dalam sempadan garis pemisahan dari 1967 sebelum keamanan antara Israel dan Palestin ditandatangani," katanya di hadapan diplomat asing di Kementerian Luar Israel pada hari Khamis.

BACA: Baitulmaqdis: Malaysia lahir kekecewaan kepada Duta Amerika Syarikat

BACA: Kebimbangan menanti Masjid Al-Aqsa

BACA: Hamas: Keputusan AS berhubung Baitulmaqdis merupakan deklarasi perang

Netanyahu turut menambah bakal mempertimbangkan Baitulmaqadis menjadi ibu negara kepada kedua-dua negara iaitu Israel dan Palestin pada masa akan datang.

Keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel mengundang kemarahan dunia sekali gus mencetuskan konflik di rantau itu kepada perang agama.

Malaysia mahu Amerika Syarikat mengkaji semula keputusan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Malah Malaysia melihat pengiktirafan atau usaha memindahkan kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis merupakan satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam.