Seorang lelaki tergamak menikam hingga mati ibu bapa dan anak perempuannya dalam satu insiden amuk di Sichuan, kelmarin.

Suspek dikenali sebagai Chen itu dikatakan membunuh ibu bapa serta anak perempuannya selepas satu pertengkaran di rumah.

Ketika cubaan melarikan diri, kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan menyebabkan Chen terus mengamuk dan menyerang orang awam.

Enam mangsa yang cedera dibawa ke hospital dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Menurut polis, lelaki itu sudah ditahan dan siasatan sedang dijalankan. - Agensi