Sekurang-kurangnya empat terbunuh dan beberapa yang lain cedera apabila seorang lelaki bersenjata menembak secara rambang di sebuah restoran di Nashville, di sini, pada awal pagi Ahad.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Travis Reinking, 29 tahun, dilapor masuk ke dalam restoran Waffle House pada jam 3.25 pagi dan melepaskan tembakan ke arah pelanggan sebelum melarikan diri.



Menurut polis, Travis dikatakan menanggalkan kotnya dan berada dalam keadaan bogel sebelum melepaskan tembakan menggunakan senjata dipercayai raifal jenis AR-15.

Seorang pelanggan di restoran itu cuba merampas senjata suspek namun gagal.

Polis kini sedang mengesan Travis dan meminta bantuan orang ramai jika terlihat suspek.


Sementara itu, jurucakap Hospital Vanderbilt Jennifer Wetzel berkata pihaknya menerima tiga daripada mangsa yang cedera, kesemuanya berada dalam keadaan kritikal, lapor ABC News.