Seorang lelaki bersenjatakan pisau ditahan polis Indonesia dalam cubaan menyerang paderi pada upacara keagamaan di sebuah gereja di sini pada Ahad.

Menurut polis, hanya penyerang dan paderi mengalami kecederaan ringan dalam insiden itu yang dipercayai berunsur terorisme.

"Tindakan keganasan itu dilakukan pada pagi Ahad di gereja Katolik Saint Joseph," said Rina Sari Ginting, jurucakap polis Medan dalam satu kenyataan.

"Polis sedang menyoal siasat pelaku dan akan menggeledah rumahnya untuk mencari bahan menghasilkan bom."

Seorang saksi yang berada di lokasi berkata penyerang duduk bersama kalangan jemaah lain sebelum tiba-tiba berlari ke arah paderi berkenaan.

“Ada letupan kecil seperti bunyi bunga api dan dia juga mengeluarkan pisau ketika meluru ke arah paderi itu,” kata Timbas Ginting.

Sementara itu, unit pemusnah bom turut dikerah untuk memastikan jika beg galas yang dibawa penyerang mengandungi bahan letupan.