Seorang lelaki bersenjatakan gergaji mencederakan sekurang-kurangnya lima orang dan dua daripadanya cedera parah pada Isnin di sebuah pekan kecil di Switzerland.

Kawasan berkenaan kemudiannya dikepung pihak polis bagi memburu suspek, dan pihak berkuasa bagaimanapun mengesahkan bahawa serangan itu bukan "satu tindakan keganasan".

Identiti penyerang telah dikenal pasti namun polis tidak menamakannya tetapi menggambarkan individu berkenaan sebagai orang awam, botak dan berketinggian sekitar 190 sentimeter.

Serangan itu berlaku di dalam bangunan pejabat di tengah-tengah pekan Schaffhausen, yang berkepadatan 36,000 penduduk.

Lapor akhbar Switzerland, polis mengepung kawasan itu dan mengarahkan orang ramai beredar dengan segera.

Mangsa yang cedera dirawat oleh anggota keselamatan. Helikopter ambulans turut dikerah ke tempat kejadian.