SEORANG lelaki menyerang dan menumbuk teman wanitanya sebelum membenam jarinya ke dalam mata mangsa akibat cemburu buta.
Mangsa dilapor diperlakukan sedemikian hanya kerana tindakannya menekan ‘like’ pada beberapa entri di laman sosial Facebook.
Dalam kejadian di Kent, United Kingdom hujung tahun lepas, mangsa yang mengalami lebam di muka dan badannya merayu agar dibebaskan namun tidak diendah suspek.
Bagi mengelak tindakan ganasnya diketahui rakan dan keluarga mangsa, suspek Danny Bridges, 35, juga didakwa mengurung teman wanitanya itu di flat kediamannya di antara 31 Oktober dan 2 November tahun lepas.
Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan tiga hari kemudian setelah berjaya menghubungi seorang rakan untuk memohon bantuan.
Polis dalam satu kenyataan berkata suspek berang selepas mangsa didakwa ‘like' beberapa entri rakan-rakan di Facebook.
"Dia menjerit dan memaki saya kerana ‘like’ entri Facebook orang lain,” kata mangsa dalam kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, Danny menumbuk mangsa dan memasukkan jarinya ke dalam soket mata mangsa.
"Dia membuka mata saya dan memasukkan jari ke dalam mata saya. Cukup menyakitkan hingga saya berasa seolah mata saya akan tercungkil keluar."
Dalam penghakiman kes di mahkamah Canterbury Crown pada Selasa, Danny yang bekerja sebagai buruh kasar dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah atas kesalahan menculik dan dua pertuduhan menyebabkan kecacatan tubuh pasangannya.
Agensi
Tue Jun 25 2019
Danny menyerang dan menumbuk teman wanitanya sebelum membenam jari ke dalam mata mangsa akibat cemburu buta. -Gambar hiasan
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Lelaki cungkil mata teman wanita gara-gara 'like' entri Facebook
Seorang lelaki menyerang dan menumbuk pasangannya sebelum menekankan jari-jarinya ke dalam mata mangsa gara-gara like beberapa entri di laman sosial Facebook.