Seorang lelaki didakwa menembak mati isterinya yang sedang hamil serta dua anak perempuannya dalam kejadian di Colorado, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang dikenali sebagai Christopher Watts itu.

Hakim kemudiannya menetapkan 16 November depan untuk sebutan kes.

Watts dituduh dengan pembunuhan darjah pertama atas kematian isterinya Shanann, serta dua anaknya Bella dan Celeste yang masing-masing berusia empat dan tiga tahun.

Kes pembunuhan itu telah mendapat perhatian penduduk tempatan.

Watts sebelum ini melaporkan kehilangan anak dan isterinya kepada polis.

Hasil siasatan polis kemudiannya mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah dibunuh oleh Watts.