SEORANG lelaki ditahan selepas diburu polis selama 15 jam.

Insiden turut menyebabkan seorang anggota polis maut manakala seorang lagi cedera selepas ditembak di bahagian muka, menurut polis Pomona dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook dan Twitternya.

"Kami bersedih atas pemergian saudara kami, Gregg Casillas," kata kenyataan tersebut.





Casillas dan seorang lagi anggota mengejar suspek selepas dipercayai melanggar keretanya ke sebuah kompleks pangsapuri di Pomona pada Jumaat, lapor The Los Angeles Times.

Suspek, yang dikenal pasti oleh polis sebagai Isaias De Jesus Valencia, 39 tahun, melarikan diri selepas kejadian dan dikejar oleh kedua anggota polis tersebut.

Valencia kemudian menyembunyi di dalam sebuah pangsapuri kosong dan melepaskan tembakan ke arah polis.

Casillas maut di tempat kejadian manakala seorang lagi yang dirahsiakan identitinya, cedera parah.

Valencia ditahan pada Sabtu selepas polis melepaskan gas pemedih mata dan anjing yang memaksanya untuk menyerah diri, lapor media tempatan.