SEORANG lelaki ditahan selepas dipercayai mencabul rakan sekerjanya yang merupakan pekerja salon dalam dua kejadian di Thane, India.

Pihak berkuasa berkata, mangsa yang berusia 30 tahun bekerja di sebuah salun kecantikan di Jalan Ghodbunder, Thane.

Menurut polis, tertuduh, Hemant Sonawane didakwa mencabul wanita terbabit ketika dalam perjalanan menggunakan beca bermotor pada November.

Bagaimanapun, lelaki itu memohon maaf atas tindakan tidak bermoralnya dan wanita tersebut hanya diam serta merahsiakannya, kata pegawai seperti lapor portal Times of India.

Namun, Sonawane dikatakan melakukan serangan seksual kedua dengan meraba mangsa ketika dia dalam perjalanan menaiki beca bermotor pada 6 Disember lalu.

Polis berkata, suspek dikatakan menolak mangsa hingga terjatuh ketika wanita itu cuba menyelamatkan diri.

Laporan polis dibuat ke atas suspek di Balai Polis Kasarvedawli.