Tindakan seorang lelaki memasukkan nama rakannya ke dalam grup WhatsApp kumpulan yang mengamalkan seks luar tabii mengundang padah apabila dia ditikam hingga mati.

Dalam kejadian yang berlaku di Waru Alley, Cawang, Jakarta Timur, Indonesia pada Isnin malam itu, mayat mangsa yang hanya dikenali sebagai Ali ditemukan dengan kesan tikaman di tubuhnya.

Hasil siasatan polis mendapati mangsa berusia 33 tahun itu dibunuh rakannya sendiri, Petrus Paulus Ualubun, 21 tahun.

Menurut laporan The Jakarta Post, suspek dipercayai marah dengan mangsa yang didakwa telah memasukkan namanya ke dalam grup lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) pada aplikasi mudah alih WhatsApp.

Jurucakap polis berkata mereka telah menahan suspek di rumahnya di Cikarang, Jawa Barat pada Selasa pagi.

"Suspek marah kerana mangsa didakwa telah memasukkan namanya ke dalam grup LGBT di WhatsApp sedangkan dia bukan daripada kalangan itu.

“Suspek yang mengajak mangsa untuk bertemu bertindak menyerang dan membunuhnya.”

Mayat mangsa ditemukan dengan luka pada pergelangan tangan kiri, pelipis kiri, mata kiri, dada kanan, punggung kanan dan paha kanan.