Hanya dengan kata-kata romantis, pujuk rayu oleh seorang lelaki gua berjaya memujuk seorang pelancong Rusia pergi ke kediamannya tular di media sosial.

Kisah Jatuphum Losiri, 49, dikenali lelaki gua menjadi sensasi di negaranya selepas tampil berani mendedahkan kehidupan luar biasa di Koh Phangan, pulau yang menjadi tuan rumah bagi festival Songkran.

Dalam Facebook miliknya, dia memberitahu berjaya memujuk pelancong wanita untuk datang ke guanya.

"Ketika saya menunggang sebuah motosikal menuju ke gua, saya nampak seorang wanita yang cantik paras rupanya dari seberang jalan.

"Saya berkata, kamu sudah mengganggu saya, saya sedang menunggang motosikal untuk pulang tetapi kerana kecantikan awak, saya terpaksa berpatah balik," katanya.

Wanita itu pada awalnya menolak namun teruja selepas melihat beberapa keping gambar kehidupan Losiri di dalam gua.

Walaupun terdapat netizen yang mengagumi lelaki gua itu sebagai idola dan romantis, tetapi segelintir netizen memberitahu ia amat 'menyeramkan'.

Ramai netizen tidak bersetuju dengan tindakan dilakukan Losiri tetapi dia hanya membalas untuk 'unfollow' Facebook miliknya.