Seorang lelaki lumpuh terpaksa mengheret dirinya di Lapangan Terbang Luton setelah kerusi rodanya tertinggal.

Tindakan itu terpaksa dilakukan Justin Levene, 30, dari utara London, kerana mendapati kerusi roda yang ditempah khas tertinggal hingga memalukan dirinya.

Meskipun pihak lapangan terbang menawarkan sebuah kerusi roda tetapi ditolaknya.

Ini kerana, kata Levene, dia berasa marah kerana pihak terbabit memberi troli yang memerlukan seseorang menolaknya.

"Ia adalah satu memalukan apabila orang lain perlu menolak saya sedangkan saya memiliki kerusi roda khas memudahkan saya bergerak.

"Tidak perlu orang lain membantu saya dan pihak terbabit juga menafikan hak saya untuk bebas bergerak di kawasan tersebut," katanya.

Dalam rakaman video itu, Levene dilihat menggunakan troli bagasi untuk bergerak ke satu lokasi dengan menggunakan tangannya.

Insiden memalukan yang berlaku pada Ogos 2017 mendorong Levene menyaman pihak terbabit diatas kecuaian mereka.

Levene adalah atlet berkerusi roda yang cemerlang telah mengalami lumpuh dari paras pinggang ke bawah selepas mengalami masalah tulang belakang hingga hilang keupayaan untuk berjalan.

Aktivis hak orang kelainan upaya (OKU) dan pelumba kerusi roda ini telah mengembara ke seluruh dunia merupakan jurulatih serta mentor kepada mereka yang menggunakan kerusi roda.

Peguamnya, Justin Deighton Pierce Glynn, berkata kes tersebut bukan kerana wang tetapi untuk menuntut keadilan.

"Sudah tiba masanya pihak lapangan terbang mengambil serius tentang kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) seperti mana kemudahan insan biasa," katanya.

Sementara itu, lapangan terbang Luton telah memohon maaf atas kesilapannya kepada Levene.

"Kami telah memohon maaf tetapi Levene masih tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterimanya.

"Kami berpuas hati bahawa ejen dan kakitangan kami menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan meskipun ia sukar diterima," katanya. - Mirror.UK