Berita  | Dunia

Lelaki maut ditikam bertubi-tubi selepas pulang masjid

Lelaki maut ditikam bertubi-tubi selepas pulang masjid
Dia dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan akibat beberapa tikaman di badan. - Foto Twitter/ @AlexScapensMEN
EMPAT lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kejadian menikam seorang lelaki hingga mati yang baru pulang dari masjid.

Serangan mengejutkan itu berlaku pada siang hari Jumaat di tepi jalan di Oldham, United Kingdom apabila mangsa ditikam bertubi-tubi menggunakan pisau.
Para penduduk berkata, mangsa yang namanya tidak didedahkan dikatakan dalam perjalanan pulang selepas membeli makanan dan usai solat.

Dia dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan akibat beberapa tikaman di badan.

Pegawai Penyiasat Kanan, Superitendan Nicky Porter berkata, walaupun siasatan itu menunjukkan perkembangan positif, tetapi ia masih di peringkat awal.

"Saya merayu orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan," katanya.