Polis Belanda berjaya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun ketika konsert penyanyi dan penulis lirik Guus Meeuwis sedang berlangsung.

Menurut laporan, lelaki itu kelihatan mencurigakan ketika berada berhampiran pintu masuk Stadium Eindhoven pada Sabtu.

Kejadian itu berlaku di luar Stadium Philips di mana Guus Meeuwis sedang membuat persembahan.

Ketika disoal siasat, suspek memberitahu dia sedang menjalankan penggambaran, namun enggan mendedahkan tujuan sebenar.

Suasana kemudian bertukar kecoh namun terkawal dan tidak mengancam nyawa penonton serta orang awam.

Insiden tersebut menyusul selepas serangan Manchester Arena yang meragut 22 nyawa dan mencederakan 119 yang lain pada 23 Mei lalu.