Seorang lelaki sanggup mengahwini seorang wanita semata-mata mahu mendekati anak lelaki wanita tersebut untuk dijadikan mangsa seksual.

Kegiatan tidak bermoral itu dilakukan lelaki tidak bertanggungjawab terbabit ke atas anak tirinya yang ketika itu berusia 10 tahun di rumah mereka, di Queensland, Australia.

Lebih mengejutkan apabila lelaki yang dianggap bapa tiri kepada kanak-kanak malang itu 'bijak' meracuni pemikiran anak tirinya selepas kanak-kanak itu mempunyai masalah peribadi dengan bapa kandungnya.

Malah, suspek telah 'bermesra' dengan dengan mangsa yang ketika itu berusia 10 tahun dan memaklumkan bahawa ia adalah perkara biasa untuk seorang ayah menyentuh secara seksual ke atas anaknya, lapor portal Sunshine Coast Daily.

Kanak-kanak ini menjadi mangsa amang seksual bapa tiri.

Selama 13 tahun, lelaki pedofilia itu merogol dan melakukan amang seksual ke atas mangsa selain dua lagi abang mangsa yang ditemui di kelab sukan di Queensland, Australia.

Suspek dalam soal siasat memberitahu pihak polis bahawa kanak-kanak itu 'sangat menyayanginya'.

Suspek juga hampir dicekup oleh isterinya ketika cuba melakukan amang seksual ke atas dua lagi anak tirinya yang ketika itu berusia 11 dan 12 tahun.

Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral suspek terbongkar apabila dua daripada anak tirinya membuat laporan berhubung perkara itu.

Perkahwinan itu bukan merupakan perkahwinan pertama lelaki tersebut yang menyasarkan anak lelaki teman wanita untuk dijadikan mangsa seksual.

Kanak-kanak itu menjadi mangsa seksual bapa tiri

Pegawai Unit Siasatan dan Penjagaan Kanak-Kanak Sunshine Coast, Australia, Sarjan Tom Dawson memuji keberanian kedua-dua mangsa hingga tertangkapnya lelaki tersebut.

Lelaki pedofilia itu kini berdepan sekurang-kurangnya 15 tahun penjara selepas mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan kesalahan itu.