Seorang lelaki yang menyamar sebagai perempuan ditahan orang ramai sejurus keluar dari tandas wanita di sebuah stesen bas di Goa, India.

Dalam insiden itu, lelaki berkenaan memakai burka dan berpakaian serba hitam dalam usaha menyembunyikan identitinya.

Namun, taktiknya gagal mengaburi mata dan suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

Suspek dikenal pasti sebagai Virgil Fernandes, 35, dan bekerja sebagai penjawat awam.

Polis berkata lelaki itu bernasib baik kerana tidak dibelasah orang ramai yang berada di stesen bas berkenaan.