Seorang lelaki di Belfast, Ireland bakal dijatuhi hukuman kerana menghalang pengebumian jirannya yang sudah dua tahun meninggal dunia dengan cara tidak melaporkan kematiannya.

Robert Sharkey, 24, mengaku salah atas tuduhan memecah masuk rumah jirannya dan mencuri kad debit bank, sebelum menggunakan kad itu untuk membayar bil dan membeli makanan, termasuk membelanjakan hampir £6,000 (RM32,000) di Domino's Pizza.

Portal Independent melaporkan mayat Marie Conlon, 68, ditemukan di bilik tidur rumahnya pada Oktober tahun lalu.

Sharkey ditahan pada hari sama atas tuduhan menghalang pengebumian pada tarikh antara Ogos 2015 dan Oktober 2017.

Sharkey juga mengaku bersalah atas enam pertuduhan lain membabitkan penipuan dan pemalsuan, iaitu menggunakan kad bank Conlon tanpa kebenaran.

Laporan media tidak menjelaskan bagaimana dia beroleh akses kepada kad berkenaan.