Sebuah kereta meletup di Sidon selatan Lubnan mencederakan pemiliknya yang merupakan seorang lelaki warga Palestin.

Ketika kejadian, kereta yang dipercayai dipasang bom itu meletup sejurus selepas mangsa keluar dari kereta.

Seorang pegawai keselamatan Lubnan melaporkan bom tersebut diletakkan di bawah kerusi kereta.

Namun pihak berkuasa belum dapat mengenal pasti punca bom diletakkan di kereta tersebut dan mengapa lelaki warga Palestin yang hanya dikenali sebagai Mohammed Hamdan itu dijadikan sasaran.

Pada 2006, dua anggota kumpulan jihad Islam Palestin terbunuh di kawasan kejiranan sama di Sidon apabila bom yang turut diletakkan di dalam kereta mereka meletup dan Israel telah dipersalahkan dalam kejadian tersebut.