Empat renjer cedera dalam letupan bom di Bannang Sata, Yala, Selatan Thailand pada Sabtu.
Kejadian itu telah mencemari lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Thailand Jeneral Prawit Wongsiwan ke Pattani dan Yala untuk meninjau projek pembangunan.
Ketua Polis Wilayah Yala Mej Jen Pol Prabpal Meemongkol berkata dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi (waktu tempatan) di Kampung Wang Hin, keempat-empat renjer itu sedang menaiki sebuah pacuan empat roda dalam perjalanan pulang dari hospital ke markas renjer.
"Bom buatan sendiri seberat 10 hingga 15 kilogram itu dipercayai ditinggalkan di tepi jalan dan kemudian diaktifkan dengan walkie-talkie.
"Ketika tiba di tempat kejadian, polis menemui empat renjer mengalami kecederaan. Kenderaan pacuan empat roda itu rosak teruk dan menyebabkan lubang besar di jalan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Keempat-empat renjer itu kemudian dihantar ke Hospital Benang Sata untuk rawatan.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan, Lt Jen Kongcheep Tantrawanich berkata semasa lawatan ke selatan Thailand hari ini, Prawit diberi taklimat mengenai pembangunan terkini Wilayah Sempadan Selatan di Pusat Pentadbiran WIlayah Sempadan Selatan (SBPAC) di Yala.
Beliau berkata pembangunan ekonomi, sosial dan sumber manusia di selatan Thailand yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk tempatan serta meningkatkan pendapatan mereka menunjukkan kemajuan positif dalam semua aspek.
"Jeneral Prawit juga berterima kasih kepada pihak berkuasa berkaitan yang menjaga serta memberikan bantuan dan keadilan kepada rakyat," katanya,
Jeneral Prawit turut menyaksikan majlis menandatangani projek penanaman kopi serta merasmikan taman perindustrian pertama di tiga wilayah sempadan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 26 2019
Keempat-empat renjer itu sedang menaiki sebuah pacuan empat roda dalam perjalanan pulang dari hospital ke markas renjer. - Sinar Harian/Bangkok Post
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
Penolong ketua kampung maut ditembak di Yala
Seorang penolong ketua kampung yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut ditembak dari jarak dekat oleh lelaki tidak dikenali.
Letupan bom di Yala, Selatan Thai: Empat renjer cedera
Empat renjer cedera dalam letupan bom di Bannang Sata, Yala, Selatan Thailand pada Sabtu.