Sekurang-kurangnya 35 maut selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di satu tunjuk perasaan di wilayah Nangarhar, timur Afghanistan.

Kejadian itu turut menyebabkan 130 yang lain cedera.

Kesemua yang maut merupakan peserta tunjuk perasaan yang mengadakan bantahan berhubung seorang komander polis.

Dalam kejadian berasingan, beberapa letupan turut berlaku di lokasi lain menyebabkan seorang maut dan empat yang lain cedera.

Bom pertama diletupkan berhampiran sebuah sekolah di Jalalabad, diikuti dua yang lain di daerah Behsud, juga berhampiran dua sekolah.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab, namun pemberontak Taliban dan kumpulan Daish dipercayai aktif di kawasan berkenaan.

Setakat ini seramai 60 mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.

Angka yang terbunuh mungkin berubah, antara 20 hingga 30 mangsa.