Satu letupan di dalam sebuah kereta api bawah tanah di London menyebabkan beberapa penumpang cedera di bahagian muka, lapor akhbar Metro melalui portalnya.

Polis memaklumkan mereka dimaklumkan tentang insiden yang berlaku di Stesen Parsons Green di barat London itu dan telah menghantar anggota ke sana.

Pihak London Ambulance pula memberitahu anggota paramedik juga telah berada di lokasi.

Beberapa gambar yang tersebar di Twitter memperlihatkan seorang wanita dirawat oleh pasukan perubatan.

Polis dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan insiden itu malam ini.