Polis China menahan 12 orang yang disyaki terbabit dalam letupan besar di bandar Tianjin sehingga mengorbankan 139 orang dan memusnahkan kawasan pelabuhan di situ, lapor agensi berita, Xinhua, pada Khamis.

Antara mereka yang ditahan ialah pengerusi, naib pengerusi dan tiga timbalan pengurus besar syarikat-syarikat logistik menyimpan bahan kimia yang meletup, kata agensi itu lagi memetik kenyataan polis.

Bagaimanapun identiti selebihnya tidak dimaklumkan.

Kejadian tersebut berlaku selepas China memecat ketua jabatan keselamatan pekerja syarikat berkenaan kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan.