Menteri-menteri luar negara anggota Liga Arab menyokong inisiatif baharu Perancis bagi menghidupkan kembali rundingan damai Palestin-Israel.

Keputusan dicapai pada hari pertama sidang kemuncak Liga Arab di Mauritania.

Sidang kemuncak itu menyasarkan untuk mendesak pemimpin kedua-dua pihak untuk meneruskan usaha damai yang tergendala sebelum ini.

Perancis sebelum ini berhasrat mengadakan persidangan antarabangsa mengenai keamanan rantau asia barat hujung tahun ini.

Selain konflik Palestin-Israel turut jadi perhatian, peranan bersepadu negara anggota liga itu dalam memerangi keganasan.

Jelas Setiausaha Agungnya Ahmed Aboul Gheit, masayarakat antarabangsa menantikan tindakan segera negara Arab bagi menangani masalah ini.

“Keselamatan negara dan memerangi keganasan, fenomena ini menjadi pemusnah dalam dunia Arab sekaligus memberi sinar negatif terhadap budaya Arab dan Islam bagi dunia luar.

“Masyarakat antarabangsa menanti negara Arab untuk merangka pelan bagi memerangi keganasan,” katanya.

Sidang kemuncak Liga Arab tahun lalu menyaksikan delegasi mahu pasukan tentera bersekutu dibentuk bagi memerangi militan Daish dan mengimbangi kekuatan Iran.

Bagaimanapun cadangan ini mencetuskan perpecahan dalam kalangan negara anggota berpunca konflik kepentingan.