Setiausaha Agung Liga Arab (AL) Ahmed Aboul Gheit menyuarakan sokongan penuh terhadap peranan Kuwait sebagai pengantara untuk menyelesaikan krisis Qatar, kata jurucakap liga berkenaan Mahmoud Afifi.
Agensi berita China Xinhua melaporkan, Gheit menyuarakan sokongan itu ketika pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Pertama Kuwait merangkap Menteri Luar, Sabah Al-Khaled Al-Sabah di Kaherah.
Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan perkembangan terkini di Palestin, Yaman, Syria, Libya dan Iraq selain krisis kewangan yang melanda Liga Arab.
Al Sabah turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry, pada Isnin.
Dalam pertemuan itu, Al-Sabah memberikan taklimat mengenai peranan Kuwait dalam mengekalkan perpaduan bangsa Arab pada ketika rantau Arab berdepan cabaran getir.
Di sebalik peranan Kuwait dan kuasa besar Barat diketuai Amerika Syarikat, pergolakan diplomatik masih berterusan di antara Qatar dan blok Arab.
Krisis bermula apabila empat negara iaitu Mesir, Emiriyah Arab Bersatu dan Bahrain yang diketuai Arab Saudi memutuskan hubungan laut, darat dan udara dengan Qatar pada bulan lepas.
Negara berkenaan mendakwa Qatar menyokong keganasan selain mengganggu hal ehwal dalaman negara lain dan berusaha menjalinkan hubungan baik dengan dengan Iran yang merupakan seteru Arab Saudi.
Qatar menafikan dakwaan itu dan menolak senarai 13 tuntutan dikemukakan blok Arab sebagai syarat untuk meneruskan kembali hubungan diplomatik.
Bagaimanapun, Oman dan Kuwait tidak menyertai pakatan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2017
Krisis bermula apabila empat negara iaitu Mesir, Emiriyah Arab Bersatu dan Bahrain yang diketuai Arab Saudi memutuskan hubungan laut, darat dan udara dengan Qatar pada bulan lepas.
Microsoft uji VASA, watak AI untuk panggilan video bebas kamera web
Microsoft Research memperlihatkan VASA iaitu sistem AI yang boleh menjana wajah manusia yang hiper-realistik berserta dengan emosi pada wajah.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
Liga Arab sokong peranan Kuwait dalam krisis Qatar
Gheit menyuarakan sokongan itu ketika pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Pertama Kuwait merangkap Menteri Luar, Sabah Al-Khaled Al-Sabah di Kaherah.